Doa Fazura buat isteri dicurangi suami selepas ambil pekerja muda

PELAKON dan usahawan sensasi, Nur Fazura, 41, meniupkan kata-kata semangat buat seorang wanita yang mendedahkan dicurangi suami selepas mengambil pekerja wanita muda.

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin mengungkapkan semoga wanita terbabit dikurniakan ketabahan berdepan dengan dugaan rumah tangga.

“Assalamualaikum sis. Pelukan dan rasa kasih sayang paling mendalam yang boleh saya berikan buat anda.

“Semoga terus kuat,” coretnya menerusi muat naik status dalam platform X.

Terdahulu, wanita berkenaan memuat naik status dalam aplikasi sama dengan mendedahkan bahawa suaminya berlaku curang dengan stafnya yang jauh lebih muda berbanding dirinya.

“Bulan lepas saya ada ambil seorang staf (bekerja). Muda dan cantik.

“Saya perasan suami saya layan dia sangat berbeza berbanding staf lain. Saya memang dah berprasangka macam-macam sebab banyak sangat insiden macam hantar staf balik rumah,” katanya.

Menjengah komen netizen, ramai yang mempersoalkan tindakan Fazura yang ibaratnya mencurah ke dalam api.

“Benda dah nak selesai tapi sekarang rasa macam ada drama baharu.

“Saya rasa sedih untuk anak dan keluarga mentua. Sangat-sangat mengecewakan,” coret seorang netizen.

Sebelum ini Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, tidak bersetuju melepaskan Fazura kerana mengakui masih menyayangi isterinya itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Oktober depan bagi perbicaraan selanjutnya.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di mahkamah sama.

Fattah bagaiamanapun mengakui terkejut menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok