PELAKON terkenal Nur Fazura Sharifuddin, 40, yang baru sahaja memfailkan penceraian hari ini mahu anaknya, Nur Fatima Aisya, 4, membesar menjadi insan yang berjiwa kental.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam dalam akaun Instagram, @fattzuralovelife , Fazura berkongsi fotonya memeluk Fatima.
Kuat dan cekal, itu apa yang akan kamu jadi jadi tatkala membesar,” tulisnya.
Sementara itu, pada ruangan komen ramai netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib ibu dan anak itu.
Sebak pula kita sebagai ibu tengok gambar dan baca kapsyen ini. Semoga Allah permudahkan urusan,” komen salah seorang netizen.
“Allah tahu apa yang terbaik. Semoga Fazura dan Fatima kuat,” komen seorang lagi netizen.
Terdahulu, pagi ini Fazura telah memfailkan penceraian terhadap suaminya, Fattah Amin, 34, di Mahkamah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Perkara itu telah disahkan oleh pengurus Fazura yang dikenali sebagai Iman Tang sewaktu dihubungi Kosmo! Online.
Spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pasangan itu mula bertebaran sejak beberapa bulan lalu selepas dilihat tidak lagi berkongsi foto masing-masing dalam Instagram.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. – HIBGLAM