KUMPULAN Senario mengundang sebak ramai apabila mendendangkan lagu Cinta Karat yang pernah dinyanyikan bersama Allahyarham Hamdan pada konsert di Melaka baru-baru ini.
Lebih membuatkan ramai menitiskan air mata apabila ketika kumpulan Senario menjemput anak lelaki arwah iaitu Muhamad Zeyreen Misha ke pentas untuk menyanyi bersama-sama.
Ketika di pentas, Zeyreen sendiri tidak dapat menahan sebak ketika menyanyikan lagu dendangan bapanya.
Momen tersebut sekali gus membuatkan ramai netizen tidak dapat menahan air mata. Kehilangannya begitu banyak meninggalkan kesan di hati ramai.
Sebaknya, terima kasih Senario sebab ada segmen ‘tribute’ untuk arwah Hamdan.
“Tak dapat tahan air mata tengok video mereka menyanyi bersama, semoga roh arwah dicucuri rahmat,” kata netizen. – HIBGLAM