Memang bodoh atau berlagak bodoh? Video teka bendera dikecam netizen

TULAR dalam media sosial termasuklah aplikasi X dan TikTok video pelakon Aishah Azman bersama abangnya Afiq Muiz bermain permainan teka bendera negeri dalam Malaysia.

Apa yang menjadi perdebatan netizen adalah apabila Aishah atau nama sebenarnya Nor Aishah Afika Azman, 28, dilihat tidak dapat menjawab dengan tepat beberapa bendera negeri seperti Sabah, Perlis, Melaka dan Terengganu.

Sewaktu bendera negeri Sabah muncul, Aisyah menjawab bendera tersebut mewakili Pulau Redang manakala bendera Terengganu pula disebut bulan bintang.

Afiq pula berkata, dia mempunyai sejarah ‘tidak enak’ selepas menjawab tentang bendera Sabah dipercayai ada kaitan dengan bekas isterinya, Pachara yang berasal dari negeri itu.

Aisyah dan Afiq juga gagal meneka bendera negeri Melaka dengan betul apabila menjawab sebagai Wilayah Perseketuan dan Johor.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut meluahkan rasa kecewa terhadap dua pelakon tersebut.

Menurut mereka, sebagai rakyat Malaysia, Aisyah dan Afiq seharusnya dapat meneka kesemua bendera negeri dalam negara.

“Korang rasa kelakar ke? Saya rasa lebih kepada kebodohan. Takkan bendera negeri Malaysia pun tak kenal,” komen salah seorang pengguna X.

Namun ada juga netizen yang berpendapat pasangan adik beradik itu sengaja buat-buat bodoh demi meraih perhatian.

“Artis jika ada masa terluang jangan buat video atau kandungan membodohkan diri. Lebih baik ambil kelas tambahan subjek geografi atau pengetahuan am,” komen seorang lagi netizen.

Disebalik kebodohan mereka yang menjadi pertikaian netizen, ada juga yang tidak gemar dengan bahasa yang digunakan Aisyah dalam video tersebut.

“Aku bukan fokus pada kebodohan mereka, tapi aku fokus bahasa mereka terutamanya perempuan. Sudahlah bertudung tapi mulut mencarut. Sebut perkataan macam itu tak melambangkan keperibadian perempuan bertudung yang sopan,” komen seorang lagi netizen.

Bodoh betul ataupun buat-buat bodoh, diharap golongan selebriti lebih berhati-hati dalam mencipta kandungan untuk dimuat naik kerana perkara sebegini bukan sahaja boleh menjejaskan imej selebriti tetapi juga sebagai seorang rakyat Malaysia. – HIBGLAM

@aishahazman8_ Selamat Hari Merdeka dari kami berempat ?? @afiqmuiz @Siraj Azman @Beto Kusyafiq ♬ original sound – BEDAH

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok