BAGAI tidak berpenghujung, pendakwah bebas Da’i Syed yang menjalani hukuman penjara dan sebat atas kesalahan rogol kini didakwa pernah mengganggu seorang wanita ketika isterinya sarat hamil.
Individu terbabit berkata, status dirinya sebagai isteri orang dan ibu tidak menghalang Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 29, mempelawanya ikut ke luar negara.
Dia tahu yang saya sudah berkahwin dan mempunyai anak selain pada masa itu, isteri dia pun sedang hamil.
“Tetapi dia tetap mengganggu saya dengan ‘jom call, nak call’ (saya tak pernah angkat atau bercakap dengan dia melalui telefon),” katanya menerusi hantaran dalam laman Thread.
Wanita terbabit turut memaparkan tangkap layar perbualan secara mesej langsung (DM) antaranya dengan lelaki itu menerusi Instagram.
Menurutnya, di peringkat awal dia tidak mengesyaki sebarang keganjilan kerana menyangka Syed menghubunginya bagi mendapatkan nasihat guaman.
Namun, selepas itu katanya, perbualan personaliti popular tersebut menjurus ke arah lain apabila mengajaknya ke luar negara
Saya fikir dia mungkin nak nasihat undang-undang sahaja tetapi bila dia mula bertanya fasal nak ikut ke Dubai, saya rasa sangat mencurigakan.
“Saya jenis yang bersangka baik tapi bukan bodoh. Bahkan memahami maksud yang tersirat atau petunjuk,” jelasnya.
Pada masa sama, wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu menzahirkan rasa kasihan terhadap isteri Syed, Hana Ismail serta bayi pasangan berkenaan.
Kasihan kepada isterinya, takkan dia tidak tahu tentang perangai suaminya macam ini,” jelasnya.
Pada 30 Ogos lalu, Mahkamah Seksyen Shah Alam menjatuhkanhukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap Syed atas kesalahan merogol seorang wanita di sebuah kondominium lima tahun lalu.
Hana yang dinikahi pada 3 Disember 2022 masih dalam pantang iaitu baru 16 hari melahirkan puteri mereka. – HIBGLAM