Diganggu hantu tanpa kepala, Lufya nak bawa anak berubat

MENGADU pernah melihat ‘manusia’ tanpa kepala, pelakon dan penyanyi Lufya Omar berusaha mendapatkan rawatan perubatan Islam bagi mengelakkan insiden anak perempuannya yang didakwa mampu melihat makhluk ghaib itu berulang semula.

Kata Lufya, 39, awalnya dia tidak mempercayai perkara tersebut dan berpendapat apa yang dilihat oleh anaknya iaitu Laana Haura, 6, sekadar khayalan atau imaginasi kanak-kanak sahaja.

Bagaimanapun, dia mula risau selepas perkara sama berlaku berulang kali selain melihat anaknya yang ketakutan.

“Baru-baru ini anak saya mengadu katanya nampak orang tiada kepala. Kejadian itu berlaku ketika dia berada di depan pintu rumah dan dia menjerit-jerit panggil saya. Saya terkejut dan bertanyakan apa yang berlaku.

Dia kemudian tutup pintu dan cakap nampak orang tiada kepala dengan baju berdarah. Saya tanya dia balik untuk sahkan sama ada apa yang dilihat itu imaginasi atau bukan.

“Katanya benar, kemudian saya minta dia ambil wuduk dan solat. Ini bukan kali pertama, sudah beberapa kali sebelum ini dia nampak (makhluk ghaib),” kata Lufya yang berkongsi kisah seramnya dalam video siaran langsung dalam TikTok.

Tambah Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, anaknya itu sudah beberapa kali menjerit dan menangis selain mengelak mendekati balkoni rumah.

Jelasnya, kerusi buaian di balkoni tersebut menjadi antara ‘lokasi panas’ penampakan makhluk halus itu.

Setiap kali bila saya hendak keluar ke balkoni itu, dia menjerit dan bagi tahu jangan keluar. Dia akan menjerit dan dia kata ada dua benda. Katanya rambut panjang.

“Sebelum ini saya ada ambil video sebab dia selalu kata begitu. Saya pun jadi geram sebab asyik kena kacau jadi saya ambil video kemudian tunjukkan kepada beberapa orang yang boleh nampak benda-benda ghaib ini.

Ya, katanya memang ada dua ekor. Perkara itu buat saya lagi risau,” katanya.

Dalam video sama, Lufya turut meminta pendapat pengguna media sosial tentang langkah yang perlu diambil bagi mengatasi gangguan mistik yang dialami oleh anak perempuannya itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok