“Hanya saya tahu” – Adira tak ambil hati dituduh persendakan perceraian

GARA-GARA memilih untuk berbaik semula dengan bekas suami iaitu Datuk Red, penyanyi Adira Suhaimi dikecam netizen yang menganggapnya mempersendakan perceraian.

Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 32, mengakui sedia maklum ada segelintir pihak tidak senang dengan keputusannya itu dan menyindirnya dalam laman sosial.

“Ada orang akan cakap begitu tetapi saya yang melalui fasa perceraian itu. Semua yang berlaku hanya saya sahaja yang tahu.

Mereka tidak bersama dengan saya sepanjang tempoh (idah) itu. Mereka berkata begitu berdasarkan apa yang dilihat.

“Saya yakin mereka tiada niat untuk mengkritik atau mengata saya. Bagi saya itu semua hanya cakap-cakap orang saja,” katanya kepada HibGlam.

Menurut penyanyi lagu Ilusi itu lagi, dia tidak ambil hati dengan kritikan yang dilontarkan netizen terhadapnya dan Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, 47.

“Saya tak ambil pusing apa yang mereka perkatakan.

“Bagi saya, tiada sebab untuk ambil hati dengan kata-kata orang begitu kerana mereka hanya tahu bercakap, saya yang merasainya,” katanya.

Terdahulu Adira dan Red bercerai talak satu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang setelah sembilan tahun berkahwin.

Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2. – HIBGLAM

 

dia menyedari ada segelintir pihak yang bersikap seperti menyindir dirinya kerana memilih untuk berbaik semula dengan Red atau nama sebenar  selepas habis tempoh edah.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok