Keputusan yang sangat pelik.”
Demikian kata penyanyi Yasin Sulaiman selepas Mahkamah Tinggi mengetepikan hukuman Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sehingga menjatuhi penjara seumur hidup terhadapnya.
Bagaimanapun, menurut laporan Kosmo! Online, Yasin atau nama sebenarnya, Muhammad Yasin Sulaiman, 49, akan membuat rayuan dalam masa terdekat menerusi peguamnya di Mahkamah Rayuan.
Hari yang gelap dan keputusan yang sangat pelik. Apa yang saya tidak boleh terima kenapa saksi pakar tidak langsung diambil keterangan dan tidak dipakai (Mahkamah Tinggi).
“Itu sesuatu yang sangat pelik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding tersebut.
Terdahulu, Hakim Datuk Norsharidah Awang menjatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan kepada penyanyi tersebut yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan dadah termasuk menanam 17 pokok ganja.
Dalam pada itu, Peguam Ariff Azami Hussein mewakili Yasin memaklumkan akan memasukkan notis rayuan keputusan tersebut esok.
Beliau menegaskan, pihaknya percaya Yasin tetap tidak bersalah dan perlu menjalani rawatan yang diterimanya sekarang di Hospital Bahagia Ulu Kinta.
“Keputusan hari ini, kita akur dan hormat dan Mahkamah Tinggi ada hak untuk mengesahkan atau menukar apa-apa keputusan di Hakim Mahkamah Sesyen.
“Kita ada satu lagi lapisan di Mahkamah Rayuan dan kita akan lawan di peringkat tersebut,” katanya. – HIBGLAM