136
BEKAS anggota kumpulan Nu’est, Kim Jong-hyeon mengumumkan rancangan menyertai latihan ketenteraan pada bulan hadapan.
Perkara tersebut diumumkan sendiri Jong-hyeon menerusi siaran langsung media sosialnya malah labelnya, Evermore Entertainment turut mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu.
“Memang benar Kim Jong-hyeon akan lapor diri pada bulan September.
“Selepas menjalani latihan asas, Jong-hyeon akan melengkapi perkhidmatan ketenteraan berwajibnya sebagai askar,” ujar labelnya.
Sebelum menyertai latihan itu, Jong-hyeon akan mengadakan pertemuan istimewa dengan peminat di Seoul pada 31 Ogos. – HIBGLAM