KEMUNCULAN bekas anggota BigBang, Seungri dalam pelbagai acara selepas terpalit skandal besar mengundang amarah netizen yang menyifatkannya tidak tahu malu.
Terbaharu, lelaki berusia 33 tahun itudikatakan bakal membuat penampilanistimewa di sebuah acara kelab malam di Surabaya, Indonesia pada hujung Ogos ini.
Bukan itu sahaja, acara tersebut juga dikatakan sengaja dinamakan ‘Burning Sun Surabaya’ untuk meraih perhatian.
Sehubungan itu, rata-rata netizen mengkritik pemilihan berkenaan serta penampilan Seungri sebagai tetamu undangan.
Malah, ada yang mendakwa penyanyi itu merancang melebarkan perniagaannya dalam industri kelab malam di Indonesia.
Seungri bagaimanapun tampil mempertahankan diri dengan menegaskan dia tiada kaitan dengan acara tersebut.
Tambahnya, dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur kerana menggunakan gambarnya tanpa kebenaran.
“Saya tiada kaitan dan tak tahu-menahu tentang acara tersebut. Saya dah tak mahu ada kena mengena dengan kelab lagi!
“Saya akan saman mereka yang sebarkan fitnah dan gunakan foto saya tanpa kebenaran,”.katanya.
Untuk rekod, skandal Burning Sun dibongkar pada 2021 melibatkan penyanyi Seungri, JungJoon Young dan Choi Jong Hoon daripada FT Island.