Cinta Sufian Suhaimi, Rania kembali bertaut

FOKUS peminat kembali terarah kepada penyanyi Sufian Suhaimi yang didakwa sudah berbaik semula dengan kekasihnya, Rania Al-Sadat.

Selepas beberapa bulan mendedahkan mereka tidak lagi bersama, pasangan itu dilihat hadir bersama di sebuah acara anjuran sebuah premis menjual barang kemas.

Dalam sebuah hantaran yang dikongsikan penganjur acara berkenaan, kedua-duanya leka menghasilkan cincin.

Difahamkan, mereka diundang memeriahkan bengkel penghasilan aksesori yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Lebih manis, pasangan terbabit juga memakai persalinan sedondon berwarna biru muda manakala Rania turut mengenakan hijab warna senada.

Baguslah kalau dah berbaik kerana sebelum ini pun mereka hampir disatukan kerana keluarga Sufian sudah memberi cincin tanda.

MIZZ LAHAR : Tertunggu-tunggu kad jemputan seorang artis, kata nak langsung tahun ini.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok