‘Melting’ tengok Fattah Amin

BETUL ke Fattah Amin lelaki Melayu terakhir? Nampaknya itu yang ‘dijual’ menerusi drama terbaharu lakonannya iaitu Lelaki Melayu Terakhir (LMT).

Ditayangkan menerusi slot Samarinda, LMT ketika ini menjadi topik hangat pencinta drama tanah air dalam TikTok kerana plot cerita menarik selain membariskan pelakon hebat seperti Wanna Ali, Datin Paduka Umie Aida dan Heliza Helmi.

LMT mengisahkan Ustaz Jazlan lakonan Fattah Amin memiliki ramai peminat selain cuba dijodohkan dengan gadis pilihan ibunya.

GANDINGAN serasi Fattah dan Wanna Ali menghidupkan lagi naratif Lelaki Melayu Terakhir.

Namun takdir telah mempertemukan dia dengan Kasih (Wanna Ali) di Tanah Suci yang baru sahaja putus cinta. Plot cerita semakin menarik sepanjang Jazlan cuba membantu dan menjaga Kasih di sana.

Selain Fattah yang mampu mencairkan hati ramai wanita, karakter Heliza sebagai Aisyah yang menggilai Jazlan juga membuatkan penonton tidak kering gusi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok