253
MASIH ada yang tidak tahu bahawa penyanyi Rain sudah berumah tangga dan memiliki dua anak.
Rain atau nama sebenarnya Jung Ji-hoon memilih merahsiakan kehidupan peribadi kerana tidak suka dengan reaksi negatif orang ramai terhadap kisah hidupnya.
“Memang teringin berkongsi tentang keluarga dan bayi comel saya yang sedang membesar tetapi sesetengah orang akan bersikap negatif apabila saya terbuka bercerita mengenai isteri dan anak.
Saya tak boleh menggembirakan semua orang jadi saya pilih untuk tidak bercakap mengenai keluarga.
“Kalau saya datang sebagai tetamu dalam mana-mana rancangan pun, saya elak menjawab soalan berkaitan keluarga,” katanya dalam sebuah temu bual. – HIBGLAM