184
Dikritik kelihatan tua selepas berat badan mula menyusut, penyanyi PSY sebenarnya tertampar apabila ada sahaja dakwaan buruk dilemparkan kepadanya.
Terkesan dengan segala caci maki, lelaki berusia 46 tahun itu mengambil keputusan untuk menjamah pelbagai jenis makanan, termasuk sup daging khinzir untuk meningkatkan berat badannya.
“Selepas dikritik hebat kerana berat badan, saya dengar peminat cakap saya nampak cengkung dan tua.
“Sebab itu saya makan daging, kimchi dan lada dengan penuh lahap. Saya tak dapat bezakan sama ada itu sup atau air mata saya!” katanya menerusi platform media sosial miliknya.
Pelantun lagu Gangnam Style itu turut memohon maaf kepada peminat atas kecuaiannya menjaga penampilan selama ini. – HIBGLAM