DEK kerana wajah seiras perompak, penyanyi rap Zico dituduh memecah masuk rumah mendiang Goo-hara untuk mencuri peti besi.
Zico didakwa menjadi pelaku selepas sebuah rancangan berjudul Unanswered Questions memaparkan episod terbaru yang merungkai kematian Hara.
Menerusi rancangan berkenaan, pencuri itu disyaki mengambil peti besi yang pernah menyimpan beberapa telefon lama milik Hara.
Bagaimanapun peti besi berkenaan dipercayai sudah dikosongkan abang Hara sebelum rompakan itu berlaku.
Menerusi episod itu juga, Unanswered Questions telah mengeluarkan lakaran wajah dipercayai milik pelaku yang dianggarkan berusia awal 30-an.
Susulan pendedahan tersebut rata-rata netizen mendakwa lelaki berkenaan mirip Zico.
Mereka juga menyerang media sosial Zico dan memintanya mengakui perbuatan berkenaan.
Namun perkara itu disangkal oleh pengurusan Zico malah pihaknya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang. – HIBGLAM