Salah tuduh, Jung-eum disaman

SUSULAN mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap seorang wanita, pelakon Hwang Jung-eum kini berdepan tindakan saman malu yang bakal merosakkan reputasinya.

Wanita terbabit memaklumkan tindakan undang-undang diambil memandangkan pelakon berusia 39 tahun itu memutar belit perjanjian yang pernah dibuat sebelum ini.

Isu timbul apabila bintang The Escape Of The Seven itu mendedahkan wajah wanita terbabit selepas didakwa sebagai wanita simpanan kepada suaminya iaitu Lee Yong-don.

Bagaimanapun, Jung-eum segera memadam semua perkongsian dalam media sosial berkaitan wanita terbabit selepas menyedari tersilap orang.

Saat wanita itu sudah menjadi sasaran netizen, ibu kepada dua orang cahaya mata itu sempat menawarkan sejumlah wang sebagai ganti rugi.

Dalam masa sama, Jung-eum turut merayu jumlah ganti rugi tersebut dikurangkan selain meminta kaedah pembayaran secara ansuran.

Lebih menambahkan kemarahan wanita itu apabila syarikat pengurusan pelakon dan penyanyi berkenaan turut mengeluarkan kenyataan menuduh dia meminta ganti rugi dua kali ganda berbanding tawaran asal. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok