Hisyam Hamid duda idaman

SELEPAS menduda, makin kacak pula Hisyam Hamid.”

Itu antara komen pujian daripada netizen yang Diva baca dalam media sosial baru-baru ini.

Bukan seorang dua tapi ramai yang mengakui perkara sama. Pada pandangan mata mereka, penampilan Hisyam hari ini membuatkan dia kelihatan lebih muda daripada usia sebenar iaitu 38 tahun.

Diva pun sebenarnya setuju juga apa yang netizen puji tetapi tidaklah nak cakap dia tidak kacak sebelum ini. 

Biasalah, apabila status bertukar daripada suami orang menjadi duda, pasti ramailah yang mula beri perhatian.

Agak-agaknya, ada atau tidak golongan wanita mula mendekati Hisyam selepas dia mengesahkan sudah bercerai? 

Pada pendapat Diva, lebih baik Hisyam beri tumpuan sepenuhnya pada karier yang semakin mencanak ketika ini. 

Makin laku pula jadi hero drama, lakonan pun semakin bagus. Semoga dapat pegang watak utama dalam filem pula ya.

DIVA: Terkejut dapat tahu aktres wanita berdarah kacukan rupa-rupanya bercinta dengan suami orang.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok