‘Syamel yang selalu mengalah, ikut cara Rasullullah kawal marah’

IKUT cara Rasulullah SAW mengawal kemarahan, itu yang diterapkan penyanyi Syamel setiap kali berlaku sebarang perbalahan kecil dengan Ernie Zakri.

Berkongsi mengenai sikap suaminya, Ernie atau nama penuhnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, berkata, Syamel akan berlembut seperti diterapkan Rasulullah dalam menjernihkan hubungan suami isteri.

“Kalau ada perselisihan faham, saya akan merajuk dulu. Jika tak merajuk, saya tak puas.

“Tapi satu benda yang dia selalu kongsi dengan saya iaitu tentang Rasulullah dan Aisyah. Rasulullah kalau marah akan datang dekat Aisyah dan memeluknya. Syamel cuba menerapkan kelembutan sebegitu dalam hubungan kami,” katanya menerusi sebuat temu bual audio siar (podcast).

Menurut pelantun lagu Boneka itu lagi, Syamel turut melihat sikap mengalah satu bentuk kemenangan buat dirinya sebagai suami.

“Saya adalah orang yang kalau marah, memang marah betul tetapi pada akhirnya, memang suami saya yang akan beralah.

Bagi dia, beralah itu adalah satu kemenangan. Dia beralah dan kata dia dapat balik hubungan serta keberkatan dalam rumah tangga.

“Jadi dia tak pernah rasa malu untuk beralah dan perkara itu yang saya belajar. Bila setiap kali saya rasa macam nak marah ke apa saya akan cakap pada diri tak mengapa, semua ini boleh selesai,” ujarnya.

Untuk rekod, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021.

Hasil perkahwinan, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Khawla Soleha yang kini berusia tiga tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok