Gara-gara berbikini, Minah dihentam peminat

Gara-gara memuat naik gambar berbikini, bekas anggota kumpulan Girl’s Day, Minah teruk dikecam selain dilabel sebagai perempuan murahan.

Rata-rata netizen mempersoalkan apakah motif di sebalik gambar seksi tersebut sedangkan tuan badan sedar dirinya seorang idola dan punya ramai peminat pelbagai lapisan usia.

Awak ingat cantik bergambar separuh bogel? Sedar tak awak itu idola dan boleh bawa pengaruh tidak baik kepada anak muda? Tak faham awak nak tunjuk apa sebenarnya?” komen netizen.

“Inilah definisi lapar perhatian, sanggup tayang tubuh yang tak seberapa itu kepada khalayak demi mahu orang bercakap. Jijik!,” kecam seorang lagi netizen.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok