Demi Mark, peminat berhabis RM75,000

MELEDAK dalam media sosial apabila seorang peminat wanita fanatik sanggup menghabiskan wang sebanyak RM75,000 demi bertemu dengan anggota kumpulan NCT127, Mark dan mengambil foto polaroid bersama. 

Pendedahan mengejutkan itu dibuat wanita terbabit dalam media sosial sehingga menimbulkan rasa cemburu dalam kalangan peminat idola berusia 24 tahun itu yang kempunan pengalaman sama.

Menurut sebuah laporan, wanita berkenaan bertemu dengan artis pujaannya selepas menjadi lima pembeli paling banyak di kedai menjual cakera padat dan barangan kpop iaitu Japan Mumo Store.

“Saya menghabiskan wang sebanyak RM75,000 untuk mendapatkan peluang bertemu Mark selepas menjadi lima pembeli tertinggi,” ujar wanita tersebut.

Bagaimanapun ada juga menyelar tindakan segelintir peminat yang sanggup membazirkan wang demi bergambar dengan artis kesayangan mereka. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok