Filem Sheriff tak dapat sambutan di Indonesia

HASRAT sutradara Syafiq Yusof untuk meraih kejayaan di Indonesia tidak kesampaian apabila filem arahannya, Sheriff: Narko Integriti gagal mendapat sambutan di Indonesia.

Menurut Syafiq, tayangan di pawagam di Indonesia turut diturunkan secara drastik namun dia tetap positif dengan perkara tersebut.

“Filem Sheriff tidak mendapat sambutan diIndonesia.

Jadi, banyak tayangan telah diturunkan secara drastik,” katanya dalam aplikasi X semalam.

Meskipun Sheriff tidak meraih sambutan yang diharapkan, Syafiq tetap bersyukur kerana mendapat peluang menembusi pasaran di sana.

Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada CGV Cinemas kerana membuka pintu dan memberi peluang  filem Malaysia ditayangkan di sana

“Terima kasih Indonesia,” katanya lagi.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat faktor kegagalan tersebut mungkin disebabkan lambakan filem di Indonesia selain selera yang berbeza.

“Mungkin mereka lebih suka filem seram dan cinta berbanding genre aksi.

Jangan putus asa Syafiq, ini baru permulaan. Hasilkan lebih banyak filem yang hebat selepas ini,” komen netizen.

Difahamkan, Sheriff terbitan Skop Production dan Astro Shaw itu ditayangkan di pawagam Indonesia bermula 22 Mei lalu.

Setakat ini, filem lakonan hebat Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Datuk Aaron Aziz dan Elizabeth Tan itu berjaya meraih kutipan RM63.2 juta di Malaysia sejak mula ditayangkan pada 18 April lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok