PENYANYI yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat Yuna teruja apabila diberi peluang menghasilkan lagu dalam bahasa Sepanyol.
Yuna atau nama lengkapnya Yunalis Mat Zara’ai, 35, berkata, single tersebut dianggap istimewa dan bermakna buatnya sekali gus menjadi karya debut sulung menggunakan bahasa Latin dalam lagu bertajuk Bad Intentions.
Saya teruja apabila akhirnya berkongsi rakaman lagu Bad Intentions. Lagu ini amat bermakna kepada saya kerana ini adalah kali pertama saya menulis dan menyanyi dalam bahasa Sepanyol.
“Saya mula belajar pada 2023 dengan bantuan rakan-rakan yang bertutur dalam bahasa itu dan saya sangat gembira dapat peluang ini,” ujarnya dalam Instagram.
Isteri kepada Adam Sinclair itu turut mengharapkan agar lagu baharunya itu mendapat sambutan dalam kalangan peminat.
Terima kasih kepada rakan-rakan dan peminat atas kasih sayang dan sokongan. Harap akan terus memberi sokongan terhadap lagu,” katanya.
Terdahulu, Yuna yang mencipta nama menerusi single Dan Sebenarnya berjaya membuktikan kemampuan sebagai penyanyi apabila lagu tersebut dinobatkan Juara Lagu Anugerah Juara Lagu 2009.
Yuna kemudian sekali meraih kejayaan menerusi Terukir Di Bintang yang dinyanyikan Aizat Amdan di pentas Anugerah Juara Lagu 2012 apabila lagu itu diangkat sebagai juara. – HIBGLAM