RASA tercabar dengan pendatang baharu lebih berbakat, Rain terfikir mahu bersara.
Tiga dekad melakar nama dalam bidang seni, penyanyi Rain meluahkan hasrat sudah tiba masanya untuk keluar daripada kesibukkan bergelar artis.
Penghibur berusia 41 tahun itu berasakan dirinya sudah tidak relevan memandangkan semakin ramai pelapis baharu yang lebih berbakat dan diminati peminat.
Begitupun, semuanya masih dalam proses pertimbangan kerana banyak faktor perlu diambil kira sebelum membuat keputusan bersara.
Saya sekarang banyak berfikir sama ada saya mengikuti perkembangan semasa atau sudah tiba masanya untuk tamatkan segala-galanya?
“Sekarang ada banyak lagi selebriti yang lebih berbakat. Saya selalu fikir adakah perlu saya terus kekal aktif dalam industri,” ujarnya. – HIBGLAM