476
SETIAP kali tiba bulan Ramadan, seluruh pelusuk tanah air meriah dengan bazar Ramadan.
Pelbagai pilihan lauk pauk, kuih muih dan minuman dijual termasuk yang hanya boleh ditemui pada bulan puasa.
HibGlam senaraikan lima jenis kuih paling popular sepanjang Ramadan.
Tepung pelita
Kuih ini paling popular menjelang Ramadan. Kunjungilah mana-mana bazar Ramadan, gerai menjual kuih ini pasti menjadi tumpuan pembali.
Kuih tradisional ini dihasilkan dengan menggunakan empat bahan utama iaitu tepung beras, santan, gula dan daun pandan. Rasanya yang lemak manis beserta aroma daun pandan pasti menambat hati sesiapa sahaja.
Martabak
Martabak daging mahupun ayam, kedua-duanya laris sepanjang Ramadan. Martabak antara menu wajib ada di atas meja sewaktu berbuka puasa.
Dipadankan dengan kari mahupun jeruk bawang, martabak bukan sahaja dijadikan menu sewaktu berbuka malah enak dinikmati ketika moreh.
Puding Karamel
Setiap kali nampak puding karamel di bazar Ramadan, hati pasti terpanggil-panggil untuk membeli. Rasanya yang lembut dan manis pastinya membuka selera sesiapa sahaja.
Lebih enak dimakan jika dihidangkan dalam keadaan sejuk. Pasti tidak toleh kiri kanan.
Buah Melaka
Buah Melaka atau onde-onde wajib ada ketika berbuka puasa. Kuih berbentuk bula yang diselaputi kelapa ini menjadi pilihan ramai orang tidak kira tua atau muda.
Aroma wangi daun pandan membangkitkan selera sesiapa sahaja bahkan cukup nikmat apabila gula Melaka yang didalah bebola rona hijau ini pecah dalam mulut. Tidak hairanlah mengapa ramai menggemari kuih ini bukan sahaj pada bulan puasa bahkan pada hari-hari biasa.
Popia
Tidak kira sama ada yang kering mahupun basah, popia aantara kuih yang paling dicari ketika Ramadan. Jika kena adunan intinya, pasti menjadi buruan ramai orang.
Dicicah pula dengan sos pedas dan manis pasti membuka selera sesiapa sahaja yang menikmatinnya. – HIBGLAM