Hyeri rehat setahun demi rawat emosi, mental

INGIN berehat baik fizikal mahupun mental daripada dunia seni, anggota kumpulan Girl’s Day, Hyeri pernah mengambil keputusan untuk berkurung di rumah selama setahun.

Dedah idola berusia 29 tahun itu, dia sememangnya memerlukan tempoh satu tahun itu untuk benar-benar merawat emosi dan mentalnya agar kehidupan serta kariernya tidak terganggu pada kemudian hari.

“Sebenarnya, saya memang perlukan tempoh rehat lama ada. Jika saya tidak mempunyai masa untuk mengosongkan fikiran, maka emosi dan mental saya akan terganggu.

“Sebelum ini, saya bekerja untuk masa yang lama dan saya akan cuti panjang selepas itu. 

“Kemudian saya akan mula bekerja lebih keras untuk apa- jua kerja seterusnya,” ujarnya menerusi satu rancangan temu bual. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok