MEMUAT naik beberapa baris lirik lagu Aku Maafkan Kamu dendangan nyanyian Malique bersama Datuk Jamal Abdullah dalam Instagram miliknya, hantaran penyanyi dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz itu mengundang perhatian ramai.
Lirik pilihan suami kepada Bella Astillah itu menyentuh tentang sikap masyarakat yang mudah menjatuhkan hukum sebelum dibuktikan bersalah, sekali gus menggambarkan perasaannya ketika ini.
“Timbul tenggelam, timbul tenggelam. Acapkali terpendam acapkali tersergam. Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam.
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam. Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia. Ku dihukum di masuk neraka oleh manusia.
“Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu. Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu,” tulisnya.
Menerusi hantaran seterusnya, pemilik nama lengkap Mohammad Aliff Aziz, 33, itu seakan-akan menegur netizen yang gemar melempar kecaman agar menjaga lisan.
Maafkan mereka, mereka tidak tahu. Mereka tidak ramas buku mereka segan ilmu. Mereka tidak fasih malah fasik guna kata. Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa.
“Maafkan mereka, mereka tiada nilai. Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai. Tanpa kasih sayang mereka suka menyakiti. Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati,” tulisnya lagi.
Pada 9 Mac lalu Aliff dan rakan gandingannya dalam drama bersiri Terjerat iaitu Ruhainies menggemparkan tanah air apabila ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana berkhalwat.
Namun, mereka menafikan dakwaan tersebut apabila teruk dikecam netizen.
Keadaan semakin panas apabila isteri Aliff, Bella Astillah memfailkan permohonan cerai selepas Tambahan pula selepas pelakon dan penyanyi memfailkan permohonan cerai secara ekspres dua hari selepas insiden tersebut.
Terbaru ibu Aliff, Siti Hafiza Basharahil menyuntik kata-kata semangat kepada anak sulungnya dengan menyatakan dia tidak berseorangan berhadapan kemelut terbabit. – HIBGLAM