Amaran ‘gila’ Fatiya, sindiran pedas Abby paling hangat

KALAU minggu lalu kontroversi pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies mendominasi carta berita tanah air, minggu ini ‘termometer’industri hiburan tanah air nampaknya sedikit reda suhunya.

Begitu pun, kalau sudah namanya dunia hiburan pasti tidak pernah sunyi dengan khabar mengejutkan dan sensasi. Minggu ini nampaknya amaran ‘berani mati’ Fatiya Latiff untuk tukar agama berikutan sering menjadi mangsa kecaman netizen mendahului carta 5 berita terhangat HibGlam minggu ini. Jom kita lihat senarai berita seterusnya.

1. Fatiya Latiff beri amaran tukar agama

“Jangan sampai aku minum arak, pakai seluar pendek atau jadi kafir kerana bengang dengan kalian.”

Demikian amaran pelakon Fatiya Latiff buat netizen yang sering melontarkan kritikan pedas terhadap dirinya dalam media sosial.

Bagaimanapun, Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff tidak menjelaskan secara terperinci punca amarahnya sehingga tergamak mengeluarkan kenyataan ‘bahaya’ itu.

Berita penuh klik link: https://hibglam.com.my/hiburan/2024/03/video-aku-tak-berdosa-jangan-sampai-aku-tukar-agama-fatiya-latiff/

2. Abby Abadi ‘pindah’ Mongolia

PELAKON Abby Abadi menyindir kenyataan bekas suaminya, Norman Hakim selepas pelakon itu memberitahu tidak mempunyai akses untuk mengubunginya bagi berbincang mengenai isu anak kedua mereka, Marissa Dania Hakim.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan dalam InstaStory miliknya, wanita berusia 46 tahun itu membalas kenyataan Norman seperti dilaporkan sebuah portal hiburan yang memetik kenyataan lelaki itu tidak dapat menghubungi bekas isterinya.

“Tak dapat dihubungi? Buat kelakar ke apa? Oh, lupa nak beritahu, line (talian) tidak ada. Saya sudah pindah Mongolia semalam,” tulis Abby.

Berita penuh klik link: https://hibglam.com.my/hiburan/2024/03/tak-dapat-dihubungi-oh-saya-dah-pindah-mongolia-abby-abadi/

3. Shuib sedia lepaskan status duta KK Mart

SEBAGAI individu beragama Islam, pelawak Shuib tidak akan berkompromi berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Super Mart yang tular baru-baru ini.

Menurut Shuib atau nama penuhnya Shahmira Muhammad, 40, kecuaian sehingga menyentuh sensitiviti agama tidak seharusnya berlaku dalam mana-mana bidang perniagaan.

“Sebagai umat Islam saya akui terkesan kerana perkara sebegitu tak sepatutnya berlaku dalam mana-mana bentuk perniagaan atau pun situasi,” katanya.

Berita penuh klik link: https://hibglam.com.my/hiburan/2024/03/stoking-kalimah-allah-shuib-sedia-undur-diri-sebagai-duta/

4. Norman Hakim minta maaf

ENGGAN memanjangkan konfrontasi, pelakon Norman Hakim sedia memikul tanggungjawab berhubung pernikahan anak perempuannya, Marissa Dania yang berlangsung di Songkhla, Thailand.

Malah, pemilik nama lengkap Mohamed Nurhakim Zaidon, 48, itu berjanji akan menyelesaikan isu berbangkit, selain meminta maaf kepada bekas isterinya, Abby Abadi atas kesilapan dilakukan.

Ampun maaf untuk yang kesekian kali, untuk segala kelemahan, salah dan silap. Saya ambil tanggungjawab ini andai ini semua khilaf saya.

Berita penuh, klik link: https://hibglam.com.my/hiburan/2024/03/abby-maafkan-saya-atas-kelemahan-salah-silap-norman/

5. Kak KM Puji Pasukan PDRM, Mahu Pindah Rumah

“BETUL orang cakap, kalau rezeki kita halal, memang akan dapat balik. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.”

Demikian rasa syukur yang dipanjatkan usahawan terkenal, Liana Rosli selepas sebahagian barang kemas dan peti besi miliknya yang dianggarkan bernilai RM2.1 juta, berjaya ditemukan di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor, semalam.

Liana atau mesra disapa Kak KM, 43, ketika dihubungi berkata, dia hanya mampu menangis ketika dimaklumkan anggota polis yang datang ke rumah, bahawa barangan berharga miliknya telah pun ditemui.

Berita penuh, klik link: https://hibglam.com.my/hiburan/2024/03/kak-km-puji-pasukan-pdrm-rancang-mahu-pindah-rumah/

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok