SUAMI kepada pelakon Ummi Nazeera dikenali sebagai Dr. Izzar mencuri perhatian apabila membuat kemunculan istimewa atau cameo dalam drama lakonan isterinya itu berjudul Rindu Kasih 2.
Kehadiran Izzar yang memegang peranan sebagai doktor membuatkan segelintir penonton tidak dapat menahan rasa geli hati dengan lakonannya.
Biarpun melontarkan dialog-dialog serius dengan mimik wajah bersahaja, namun disebabkan statusnya sebagai suami sebenar kepada Ummi, netizen tidak dapat menahan ketawa.
Dalam hantaran video yang dikongsikan sendiri Ummi dalam Instagram, pelakon itu memuat naik babak ketika dia bertemu dengan Izzar bersama Izzue Islam untuk berbincang tentang masalah anak mereka yang perlu melakukan pembedahan.
Walaupun bukan seorang pelakon, namun Izzar berjaya melontarkan dialog dengan baik, terutama untuk menerangkan masalah kepada pesakit kerana statusnya sebagai doktor sebenar.
Disebabkan itu juga, ramai netizen berseloroh apabila meluahkan rasa bimbang, jika semua watak doktor dalam mana-mana drama selepas ini akan ‘ditapau’ oleh Izzar.
Malah, ramai juga yang mahu melihat kelibatnya dalam drama lain selepas ini kerana menganggap Izzar juga mempunyai bakat dalam lakonan.
“Babak berat, tapi kenapa aku nak tergelak?” ujar seorang netizen.
Lepas ini jangan-jangan semua watak doktor dalam drama dia (Izzar) ‘tapau’,” kata seorang lagi netizen.
“Saya tengok drama ini sebab ada Dr. Izzar!” kata seorang pengguna Instagram.
Amboi, nampaknya ‘hero baharu’ bakal menggemparkan industri dunia hiburan selepas ini. Sesuai sangatlah orangnya pun masih lagi kacak.
DIVA: Kalaulah semua kaum Hawa dan isteri bersikap macam penyanyi, Ezlynn, aman dunia! Tak ada yang bergaduh bila suami kahwin lain.