Lukisan flora G-Dragon dibida bermula RM117,000

SELAIN hebat sebagai penyanyi, G-Dragon ada bakat luar biasa dalam bidang seni lukis.

Buat pertama kali, hasil sentuhan pemilik nama sebenar Kwon Ji-yong, 36, bertajuk Youth Of Flower bakal dipamerkan untuk bidaan di Seoul Auction Gangnam Center pada 29 Mac ini dengan harga bermula RM117,000.

Lukisan motif flora yang dihasilkan pada 2017 di atas sebuah plat besi itu hanya menggunakan pen penanda dan cat.
Sebagai nilai tambah, anggota kumpulan Big Bang itu turut menurunkan tandatangannya pada bahagian bawah lukisan itu.

Wakil pusat bidaan berkata, harga pembukaan diputuskan berdasarkan beberapa faktor termasuk mengambil kira populariti G-Dragon sebagai penyanyi terkenal.

Selain itu, pelantun lagu Bang Bang Bang terbabit tidak pernah menjual mana-mana karya lukisannya sebelum ini. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok