AKTRES Ruhainies kekal tenang meski teruk dikritik berikutan kes tangkap khalwat bersama pelakon Aliff Aziz bahkan dia mengakui tidak gentar kerana berada di pihak yang benar.
Ujar Ruhainies atau nama penuhnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, dia hanya bersikap profesional selain komited dengan kerja.
“Banyak yang kecam itu sebenarnya tokok tambah, saya hanya komited dengan kerja.
Bila kita di pihak yang benar, pastinya kita tidak akan takut.
“Dengan kata mudahnya, berani kerana benar,” katanya menerusi hantaran video yang dimuat naik usahawan Datuk Aliff Syukri dalam Instagram.
Pemerhatian HibGlam menerusi ruangan komen mendapati majoriti netizen menyifatkan pelakon asal Pulau Pinang itu tidak tahu malu dan cuba menegakkan benang yang basah.
“Memang tidak ada rasa malu ye Ruhainies, boleh keluar siap masuk video lagi, tak nampak langsung keinsafan di wajah dia,” komen netizen.
Berani kerana benar? Habis tu awak nak kata pejabat agama menipu? Jangan tegakkan benang yang basah,” komen pengguna media sosial itu.
“Jenis muka tembok, tak tahu malu. Tiada sikit pun rasa bersalah,” demikian komen seorang lagi netizen.
Sejak Sabtu lalu, akaun media sosial Ruhainies dibanjiri kecaman dan kata-kata negatif netizen selepas tular insiden kotroversi itu.
Ruhainies dan Aliff yang ditahan atas dakwaan berkhalwat sudah dibebaskan dengan jaminan sementara pada Ahad lalu dan menanti pendakwaan pada satu tarikh lain dijangka dalam tempoh terdekat.
Terdahulu, adik kepada isteri Aliff, Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Sabtu lalu adalah abang iparnya.
Rentetan daripada itu, Aliff dan Ruhainies mengeluarkan kenyataan serentak dalam akaun media sosial masing-masing meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi tidak benar termasuk menuduh mereka ditangkap basah pada hari kejadian. – HIBGLAM