Terjun masuk lori, lengan Sophia Albarakbah bengkak

JANGAN ingat pelakon wanita yang nampak lembut tak mampu nak lakukan adegan lasak, lebih-lebih lagi babak aksi seperti bertarung.

Macam bintang jelita, Sophia Albarakbah yang mengakui teruja diberikan watak lasak tanpa bantuan pelakon lagak ngeri atau stuntman.

Perkara tersebut diluahkan dalam satu temu bual ketika menjayakan penggambaran sebuah filem baharu berjudul Reeza.
Menurutnya, akibat melakukan babak terjun masuk ke dalam lori yang sedangkan bergerak, lengan dan beberapa bahagian lain tubuhnya bengkak.

Walaupun kesakitan dan ambil masa untuk surut, Sophia tetap meneruskan penggambaran yang dianggapnya  memberi pengalaman baharu.

Susulan itu ramai teruja dan tak sabar, malah ada yang sanggup mencabar pelakon berusia 30 tahun itu untuk buat aksi lasak lain. Wah-wah, berani ya cabar.

Mizz Lahar: Teringat cerita artis ‘tidur mati’ sampai kru produksi datang gegar rumah.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok