Queen of Divorce bela nasib mangsa rumah tangga

QUEEN of Divorce lakonan Lee Jiah dan Kang Ki-young mencuri perhatian pencinta drama dari Korea Selatan.

Naratif drama ini tertumpu kepada watak Kim Sa-ra lakonan Lee Ji-ah yang nekad membantu pasangan yang mahu bercerai selepas melalui episod perkahwinan menyeksakan termasuk dikhianati  suami dan dibenci keluarga mentua.

Rentetan itu, dia yang merupakan seorang peguam mula bekerja di sebuah firma penyelesai masalah perceraian bersama rakan sekerja yang juga bekas teman lelakinya, Dong Gi-jun (Kang Ki-young).

Pelbagai kes perceraian dikendali oleh mereka berdua termasuk memberi hukuman terhadap pasangan yang kejam dan bantuan kepada suami mahupun isteri yang tidak mendapat hak sepatutnya dalam rumah tangga mahupun selepas bercerai.

Ketika ini, siri popular 12 episod itu menduduki senarai drama Korea yang paling banyak ditonton dalam platform Viu.

Rata-rata peminat memuji drama yang ditayangkan sejak 31 Januari lalu itu mempunyai jalan cerita yang bagus, tidak rumit dan menyentuh realiti dunia rumah tangga hari ini. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok