Dahsyat! Siti Khadijah dapat kejutan lori kopi

SELALUNYA hanya dilihat di Korea sahaja tetapi kali ini berlaku di Malaysia.

Nampaknya tahap populariti dan kegilaan peminat tanah air terhadap artis kesayangan sudah sama seperti di Korea.

Semua itu terbukti apabila Siti Khadijah menerima kejutan sebuah lori kopi daripada kelab peminatnya yang dihantar di set penggambaran.

Memang ‘level’ lain! Bukan murah ya harga sebuah lori kopi sebegitu. Kagum betul Diva dengan peminat zaman sekarang, lain macam kegilaan mereka.

Namun, mungkin itu antara cara untuk tunjukkan tanda sokongan dan agaknya bosan juga kalau asyik beri hadiah sahaja, lebih baik belanja kopi.

Untung Siti Khadijah dapat peminat yang menghargainya. Harap akan beri undi untuk mana-mana anugerah pula ya.

DIVA: Peminat zaman dahulu suka kirim hadiah ke rumah artis. Ada yang sampai takut nak buka hadiah, risau kena ‘mandrem’.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok