Lawan semua dengan doa – Abby Abadi

“LAWAN semua dengan doa.”

Itu kata-kata yang dikongsi pelakon, Abby Abadi dalam Instagramnya dipercayai berkaitan kontroversi anak perempuannya, Marissa Dania Hakim, 19, yang dikatakan sudah bernikah dengan suami orang di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Dia bagaimanapun tidak berkongsi perkara lain mahupun membuat sebarang kenyataan berhubung kontroversi yang melanda keluarganya ketika ini.

Tidak seperti Marissa, ruangan komen Instagram Abby masih dibuka dan terus dibanjiri dengan kecaman serta kata-kata semangat daripada netizen.

Hasil tinjauan HibGlam, Marissa tidak lagi mengikuti akaun Instagram Abby dan Norman Hakim.

Namun, Abby masih lagi menjadi ‘follower’ akaun Instagram anak perempuan sulungnya itu.

Sehingga kini, Abby dan Norman masih kekal dengan pendirian tidak menjawab sebarang pertanyaan menerusi aplikasi WhatsApp mahupun panggilan telefon berhubung isu tersebut.

Sejak semalam, nama Marissa, 19, kembali menjadi bualan ramai apabila didakwa sudah bernikah dengan lelaki dikenali sebagai Aslam yang juga berstatus suami orang secara senyap-senyap di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

Difahamkan, pernikahan tersebut berlangsung ketika isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan sedang menunaikan umrah.

Bukan itu sahaja, pernikahan tersebut juga dikatakan diadakan tanpa pengetahuan keluarga Marissa. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok