Elok saja wajah Liyana Jasmay

BEBERAPA hari lalu kecoh dalam media sosial apabila tular video memaparkan wajah Liyana Jasmay tanpa secalit solekan.

Ramai yang tiba-tiba terkejut seperti hampir ‘hilang nyawa’ melihat wajah sebenar Liyana.

Pelik sungguh Diva membaca komen dan memang ramai yang mengecam Liyana kerana berani tampil dengan wajah ‘bogel’ sebegitu.

Ada pula yang mempertikai bagaimana suaminya boleh menerima rupa Liyana sebegitu. Kejam sungguh komen!

Satu hal yang Diva nak puji, Liyana langsung tidak membalas segala kecaman netize, sebaliknya memuat naik pula video bersama suami tercinta.

Macam itulah bagus, tak perlu bergaduh dengan netizen sebab tiada faedah pun. Dalam video itu, Liyana menyanyi kecil dan menari pula di sisi suaminya. Elok saja rupa parasnya, tidak seteruk yang digambarkan netizen pun.

Moralnya, tak payah layan dan hadap sahaja kecaman sebab sudah menjadi lumrah anak seni.

DIVA: Bosan dengan artis yang suka buat gimik kahwin hanya untuk promosi produk.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok