RM, Taehyung terima ‘trofi askar’ 

TIDAK hanya hebat dalam dunia hiburan, dua anggota kumpulan BTS, RM dan Taehyung sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila tersenarai sebagai enam individu yang layak menerima pengiktirafan Pelatih Elit di Rekrut Latihan Rejimen ke-27.

Lebih mengujakan, dua penyanyi tampan itu berjaya tersenarai daripada 200 pelatih di kem tentera berkenaan hanya selepas menjalani lima minggu latihan asas ketenteraan.

Untuk merangkul gelaran tersebut, peserta perlu berjaya melakukan tekan tubi lebih daripada 72 kali dalam tempoh dua minit, berlari sejauh 1.5 kilometer dalam jangka masa lima minit dan melakukan tembakan tepat sekurang-kurangnya 16 kali.

Sejak menyertai latihan tentera pada 11 Disember lalu, mereka menjalani latihan asas tentera selama lima minggu sebelum ditugaskan ke unit berasingan.

Taehyung juga dilaporkan berjaya menaikkan berat badan dan otot daripada 61 kilogram kepada 85 kilogram hanya dalam tempoh sebulan.


Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok