Vokal ‘sakit’, Ernie Zakri rehat seketika

PENYANYI Ernie Zakri kini berehat seketika daripada aktiviti nyanyian bagi memulihkan suaranya yang terjejas sejak bulan lalu.

Menurut Ernie, 31, suaranya mula terjejas pada hari bertanding Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) yang berlangsung Disember lalu.

“Ini adalah saya sejak beberapa hari lalu. Suara saya sudah ‘hilang’ pada hari SFMM38 dan kini dalam tempoh pemulihan.

“Saya perlu rehatkan suara tetapi terlalu banyak komitmen perlu dilakukan,” kata pemilik nama penuh Nur Ernie Shahirah Zakri dalam InstaStory semalam.

Dia yang popular menerusi lagu Ku Bersuara seterusnya memohon orang ramai mendoakan tahap kesihatan dan vokalnya kembali pulih.

Semoga Allah SWT izinkan dan permudahkan. Terima kasih kepada yang mendoakan.

“Ada juga yang sedar suara saya tidak sihat. Insya-Allah akan rehat sebentar, minggu ini kurang menyanyi. Doakan ya,” katanya.

Menerusi perkongsian tersebut, isteri kepada penyanyi Syamel itu dilihat sedang menyedut nebulizer.

Terdahulu, pada SFMM38 lalu, Ernie mempertaruhkan lagu Astana sebelum diumumkan berjaya mara ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 yang bakal berlangsung pada 3 Mac depan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok