AKSI tiga sahabat baik iaitu pelakon, Sharifah Shahora, Sheila Rusly dan Maria Tunku Sabri menari-nari sambil menggayakan baju tidur dengan corak ‘bikini’ menyebabkan mereka dilabel sebagai ‘makcik tidak sedar diri’.
Ramai netizen nampaknya kurang senang dengan kelakuan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga mereka itu, selain menyifatkan pakaian yang digayakan tidak sesuai untuk dipakai.
Menerusi hantaran yang dikongsikan Sharifah Shahora dalam Instagram miliknya, pelakon dan juga penerbit drama itu dilihat sedang bergembira di dalam sebuah bilik hotel bersama dengan rakan baiknya iaitu Sheila Rusly dan Maria.
Sambil mengenakan baju tidur bercorak pakaian renang atau bikini, mereka dilihat menari-nari dengan menggunakan muzik latar Tragedi Kamar Mandi yang popular dalam aplikasi TikTok.
Tapi macam biasalah, aksi kurang manis mereka itu nampaknya kurang disenangi netizen yang menyifatkan agak melampau, lebih-lebih lagi pakaian yang digayakan itu kelihatan lucah.
“Malulah sikit mak cik. Memang tak pakai dekat luar (tempat umum), tapi yang tengok dalam Instagram semuanya orang luar,” tegur seorang netizen.
“Kalau tidak tahu agama, pergi belajar,” kata seorang lagi pengguna Instagram.
“Memalukan sebab dah tua. Malu anak-anak tengok,” ujar seorang lagi netizen.
Walaupun sudah dijelaskan gambar bikini yang dicetak pada pakaian tersebut hanyalah lakaran kartun, tetapi ramai yang masih tidak berpuas hati sehingga ketiga-tiganya dikecam.
Sekarang ini, nak berkongsi apa-apa dalam media sosial pun kena fikir panjang. Takut dikutuk netizen yang tidak bertapis. Boleh menangis air mata darah dibuatnya.
DIVA: Harap-harap suara penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak kembali terjejas selepas dijangkiti Covid-19 buat kali kedua baru-baru ini.