[VIDEO] Jangan Mati Rasa Itu dominasi hari pertama SFMM38

LAGU Jangan Mati Rasa Itu nyanyian dan hasil ciptaan sepenuh Aina Abdul diumumkan sebagai Lagu Terbaik bagi hari pertama Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38) yang berlangsung di studio NTV7 Glenmarie, Shah Alam hari ini.

Menerusi pemilihan tersebut, Aina membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 dan barangan eksklusif tajaan Alha Alfa.

Mengekalkan momentum, lagu tersebut turut menjadi Lagu Pilihan Alha Alfa untuk hari pertama sekali gus menerima  RM2,000 dan barangan eksklusif Alha Alfa.

AINA menerima jambangan bunga pada penutup sesi pertama SFMM38 pada Jumaat.

Hari ini menyaksikan 11 buah lagu bertanding bagi merebut tempat ke pentas Anugerah Juara Lagu 38 iaitu Kaulah Syurga (Asfan Shah/Siti Rosmizah/Khai Bahar & Lia Aziz), Bahagia Milik Kita (Syamel/Ahmad Jeffny/Syamel), Hasrat (Amir Jahari), Oh Wanita (Harry Khalifah/Khai Bahar) dan Inilah Jalannya (Noh Salleh/Kugiran Masdo).

Sementara enam lagi lagu ialah Ilusi (Iqie Hugh, Shazriq Azeman/Omar K/ Marsha Milan/Hazama), Tusuk (Iqie Hugh/Omar K/Shiha Zikir), Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Waktu (Iqie Hugh/Firdaus Rahmat/John Jeeves/Ziana Zain/Hasif Upin), Kucuma (A. Ramlee/Ezra Kong/Datuk Jamal Abdillah/Wany Hasrita) serta Racun (Iqie Hugh/Aniq Iffat/Hazel Mukhris/Elica Paujin/Dem Lepak Boyz).

Esok, sebanyak 10 lagu lagi akan bertanding termasuk Astana yang pasti mencuri perhatian ramai.

Barisan juri bagi SFMM38 yang diketuai Datuk Mokhzani Ismail terdiri daripada komposer LY; pemuzik, Datuk Wah Idris; penyanyi rap, Cat Farish; komposer, Helen Yap dan penulis lirik terkenal, Azmeer.

SFMM38 dibawakan khas oleh penaja utama Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok