SETIAP minggu pasti ada sahaja berita selebriti Korea Selatan yang pemurah membuat sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Kali ini, pelakon Han Ji-min menyumbangkan 50 juta won atau RM 180,000 kepada tabung Hope Bridge National Disaster Relief Association bagi membantu penduduk kampung dan warga tua yang tinggal bersendirian ketika musim sejuk.
Presiden Hope Bridge, Song Pil-ho berkata, aktres itu menjadi teladan baik kepada masyarakat dalam menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mereka kurang kemampuan.
“Dalam situasi musim sejuk yang diteruk ini, sumbangan pelakon Han Ji-min akan menjadi contoh baik kepada masyarakat terutamanya apabila keselamatan dan penjagaan diperlukan oleh komuniti yang terlibat,” katanya.
Ini bukan kali pertama bintang drama Behind You Touch itu yang juga ahli Hope Bridge Honors Club membuat sumbangan kepada golongan memerlukan.