“Malam hari ini kamu keren, mantap, kemajuan yang luar biasa, ‘roar’ biasa’
Demikian komen juri tetap All Stars Gegar Vaganza (GV10), Hetty Koes Endang yang berpuas hati dengan persembahan Siti Nordiana pada konsert akhir GV10, malam ini.
Kata Hetty yang mesra disapa Bunda itu, nyanyian Nana yang membawa lagu Kisah Hati lebih baik daripada penyanyi asal.
Merinding bulu roma saya masa dengar, menurut Bunda, lebih bagus Nana nyanyi daripada Alyah.
“Lebih baik sikit sahaja, jangan marah ye Tok Ram,” seloroh Hetty.
Tambah Hetty lagi, nyanyian Siti Nordiana menunjukkan peningkatan ketara dan sangat bagus pada malam ini.
Saya dapat merasakan peningkatan yang sangat ketara dari segi vokal.
“Nana, persiapan lagu kedua dan ketiga sukses buat kamu!,” katanya tegas.
Pada pusingan pertama, Siti Nordiana mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton di Axiata Arena sebaik membuka mulut menyanyikan lagu hits isteri kepada ketua juri iaitu Datuk Ramli MS. – HIBGLAM