NAMA Harissa Adlyn mungkin masih lagi asing dalam kalangan peminat seni tanah air tetapi penampilannya ketika hadir dalam sebuah acara fesyen buat Diva terkesima sebentar.
Berani dan sangat ‘fashionable’! Itu yang boleh disimpulkan selepas melihat gaya pelakon meningkat naik itu.
Tampil dengan fesyen berkonsepkan denim, baju yang dipakai Harissa turut mendedahkan bahagian pinggang.
Agak mencolok mata tetapi itulah fesyen yang hendak diketengahkannya pada malam tersebut.
Tidak dinafikan solekan Harissa pada malam tersebut sangat cantik sehingga ada yang menyamakan wajahnya dengan Azira Shafinaz.
Konklusinya, tidak salah pun kalau nak berfesyen sebegitu tetapi mental perlu kuat sekiranya menerima teguran atau jadi mangsa kecaman ramai. Jangan mudah melenting ya.
DIVA: Anda rasa siapa yang bakal bergelar juara Famili Dua musim ketiga malam ini?