Terlalu seksi, netizen hentam Janna Nick

PENAMPILAN  pelakon sensasi Janna Nick yang didakwa terlalu seksi sehingga menampakkan bahagian dada ketika mengacarakan Famili Duo musik ketiga (FD3) separuh akhir malam ini dikecam netizen.

Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner yang mengenakan baju hitam seperti pakaian alas dalam diacukan bersama seluar kelabu berkilat dan bengkung di pinggang ternyata mengundang rasa kurang senang khalayak.

“Ya Allah pakaian Janna Nick, macam orang tiada agama, rimas tengok, ingatlah sikit saudara kita di Palestin,” kata netizen itu.

“Makin lama makin merimaskan pakaian seksi Janna, dengan gaya pengacaraannya yang biadab, terus rasa tak seronok nak tengok Famili Duo,” demikian komen seorang lagi netizen.

Ini bukan kali pertama pengacara sensasi itu dikecam dalam program realiti pertandingan terbabit apabila sebelum ini  dikata terlalu lantang menyindir program All Star Gegar Vaganza (GV10) yang ditayangkan pada waktu sama.

Bagaimanapun, Janna mengakui insiden atas pentas langsung itu adalah rancangan pihak produksi bagi memulang paku buah keras terhadap GV10 yang didakwa memulakan budaya sindir-menyindir. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok