Kongsi foto merokok, RM dikecam peminat

KETUA kumpulan BTS, RM mengundang perhatian apabila didakwa sengaja berkongsi foto sedang merokok.

Biarpun foto berkenaan dipadam beberapa minit kemudian, sudah ada peminat yang sempat mengulang siar gambar yang dianggap tidak beretika itu menerusi laman X.

Menerusi foto berkenaan, RM atau Kim Nam Joon dilihat memegang putung rokok yang masih berasap ketika  didandan seorang penata gaya.

Susulan perkongsian berkenaan, rata-rata peminat meluahkan rasa kesal dan berpendapat RM sudah mula besar kepala.

Dia juga didakwa sengaja menunjukkan contoh tidak bermoral kepada peminat, sekali gus membuatkan standard dirinya terlihat rendah.

“Perangai sebenar dia sudah mula keluar. Sebagai peminat saya kecewa, ramai peminat golongan muda, awak itu idola, jangan tunjuk perangai tidak senonoh,” komen netizen.

“Terpaling ‘stail’ ambil gambar begitu, nampak macam artis sendu murahan,” komen seorang lagi netizen.

Sehingga kini, RM tidak memberi sebarang penjelasan mengenai perkara tersebut meskipun namanya sudah sohor kini di seluruh platform media sosial.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok