Pereka fesyen berhutang jutaan ringgit dengan Intan Najuwa?

PELAKON Intan Najuwa mendedahkan seorang pereka fesyen terkenal gagal melunaskan pinjaman berjumlah jutaan ringgit terhadapnya.

Menurut Intan, 28, luahan tersebut dimuat naik dalam media sosial selepas melihat tindakan individu terbabit yang tidak membayar pinjaman seperti yang sudah dimeterai dalam surat perjanjian sebelum ini.

“Ada satu pereka fesyen popular ini, ketika perlukan perlukan pinjaman dan saya nak buat pelaburan, janji manis bukan main.

“Bila tiba masa bayar balik, ikut perjanjian hitam putih, jumlah yang dipersetujui, tiba- tiba jadi ular, pandai putar belit.

“Kalau sikit tak mengapa tetapi berjuta ya jumlahnya. Tak apa kami ada perjanjian, bukti dan peguam.

“Cakap sentiasa boleh diputarkan, tapi fakta dan kontrak tak boleh lari,” katanya dalam Instagram hari ini.

Tambah Intan, lebih membuatkan dia berang apabila individu terbabit kerap menayang kemewahan termasuk percutian dan barangan berjenama.

Sangat kelakar, hidup mewah tayang sana sini, kereta dan bercuti tetapi nak langsaikan hutang yang wajib dibayar pun tidak boleh.

“Kekayaan sebenar bukan apa yang ditunjuk tetapi bagaimana hormat janji dan amanah. Tidak sabar nak dedahkan siapa,” katanya lagi.

Dia memberitahu tidak pernah berniat untuk menghebahkan kepada umum mengenai masalah dengan individu berkenaan tetapi perjanjian tersebut sudah dilanggar selama beberapa tahun.

“Pada awalnya kami hanya mahu tenang dan tiada drama serta enggan semua ini berakhir dengan buruk.

“Namun kali ini paling sukar. Bila masuk bab nak bayar balik, macam-macam alasan pula keluar, pusing cerita seolah-olah kami tak tahu undang-undang, sedangkan semuanya sudah hitam putih dalam kontrak.

“Memang terlalu melampau. Pada tahap ini, rasa hormat itu sudah hilang.

“Bila kepercayaan berulang kali dikhianati, tak akan boleh dibeli semula walau sebesar mana pun gaya mewah yang cuba ditunjukkan di luar,” ujarnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok