‘Manisnya berkahwin’ – Eyka Farhana doakan jodoh terbaik buat yang bujang

Tiga bulan berstatus isteri, pelakon Eyka Farhana menyifatkan fasa perkahwinan yang sedang dilalui ini adalah yang paling indah dalam hidupnya.

Bergelar isteri kepada bintang bola sepak skuad Terengganu, Akhyar Rashid, Ekya atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 30, turut mendoakan agar golongann yang masih menanti jodoh dipertemukan dengan pasangan terbaik.

Kalau saya tahu manisnya berkahwin, dah lama saya kahwin.

“Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Saya doakan semoga yang belum berjumpa jodoh akan jumpa yang terbaik untuk anda.

“Dalam hidup ini kena doa yang baik-baik untuk yang lain jadi benda baik akan datang kepada kita,” katanya dalam Threads.

Selain itu, pelakon drama Budak Tebing itu menasihatkan agar sentiasa mendoakan perkara baik kepada orang lain.

“Doa yang baik untuk diri sendiri dan orang lain walaupun awak tak kenal satu sama lain tapi mendoakan baik-baik salah satu untuk kebaikan datang kepada kita.

Dari mendoakan benda yang tak elok, baik kita perbaiki diri kita,” ujarnya.

Perkara tersebut diluahkan selepas melihat ramai orang mengeluarkan kata-kata negatif sebaliknya memperbaiki diri dan berbuat kebaikan.

“Sejak akhir ini, saya nampak banyak sangat orang yang mendoakan benda yang tak sepatutnya. Kata-katakan satu doa.

“Jadi, selalu simpan dalam kepala sering buat baik kepada orang.

Selalu juga cakap benda baik mengenai diri sendiri dan orang lain,” jelasnya.

Sebelum ini, Eyka selamat bergelar isteri kepada Akhyar dalam majlis perkahwinan tertutup pada 2 Mei lalu.

Pasangan itu bertunang pada 4 Ogos tahun lalu selepas lima tahun menjalin hubungan cinta. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok