‘Kita doakan yang terbaik, itu masalah peribadi Fazura’

PELAKON Fattah Amin enggan mengulas isu saman yang didakwa melibatkan bekas isterinya, Nur Fazura kerana menganggap perkara tersebut sebagai hal peribadi.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, bagaimanapun meluahkan rasa simpati terhadap masalah hutang Fazura yang berjumlah RM4.65 juta.

“Saya pun sebenarnya tidak berani komen fasal itu.

“Tetapi, kita sebagai seorang yang pernah mendengar tentang perkara itu, semestinya kita akan rasa bersimpati,” katanya semasa majlis Pesta Unifi TV Lagi Best di The Curve, Damansara, Selangor pada petang Sabtu.

Dalam masa sama, pelakon filem Mat Kilau itu menitipkan doa agar semua pihak yang terlibat diberi kekuatan dalam menghadapi ujian hidup.

“Kita doa yang terbaiklah sebab saya pun tidak boleh komen apa-apa pasal itu kerana itu masalah peribadinya.

“Dia pun bukan orang lain, ibu kepada anak saya juga.

“Kita pun tidak tahu bila kita akan diuji dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, media melaporkan syarikat milik Fazura didakwa gagal membayar hutang RM4.65 juta daripada syarikat pengilang tudung milik Obor Holding iaitu Feline Malaysia.

Namun, sehingga kini Nur Fazura tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu saman berkenaan. –

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok