Wau Bulan bergema di China sebab Shila Amzah

SHILA Amzah terus melakar sejarahnya sendiri apabila berpeluang mendendangkan lagu Melayu dan Mandarin secara medley di Beijing, China baru-baru ini.

Uniknya, Shila menyanyikan lagu dialek Kelantan iaitu Wau Bulan dan Wu Ming De Ren bersama penyanyi legenda, Sun Nan.

“Persembahan terbaharu saya di Beijing. Kita medleykan lagu Ewa Bule (Wau Bulan) dan Wu Ming De Ren nyanyian asal rakan duet saya, seorang penyanyi legenda, Sun Nan.

“Dia juga salah seorang juri ketika saya menjadi juara Asian Wave pada 2012.

“Ini adalah pengalaman pertama saya menyanyi secara langsung di luar dalam keadaan suhu sangat sejuk, suhu -5 darjah Celsius,” katanya.

Video yang dimuat naik dalam Instagramnya itu meraih lebih 300,000 tontonan selain mendapat pujian daripada netizen serta rakan selebriti.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok