Kecoh Kai Exo lari bercuti di Bali

NAMA Kai, Exo menjadi topik perbualan hangat apabila dikatakan seronok menikmati percutian di Bali, Indonesia ketika masih terikat dengan latihan khidmat ketenteraan.

Khabar angin itu sekali gus membuatkan ramai berdebat dalam media sosial memandangkan bintang k-pop itu menjalani latihan wajib terbabit mulai 11 Mei lalu.

Gambar memaparkan Kai asyik bersantai sambil bermain telefon bimbit itu dipercayai dirakam di sebuah pusat peranginan di Bali.

Bagaimanapun, peminat tegar Kai menafikan segala kritikan buruk dengan mengatakan Kai mendapat pelepasan bercuti ke luar negara.

“Berhenti memfitnah. Kai sudah mendapat pelepasan untuk bercuti dan perkara itu bukanlah satu isu,” kata kelab peminat Exo iaitu Exo-L di aplikasi X.

Meski berita tersebut tular, pihak pengurusan Exo iaitu  SM Entertainment tidak memberikan sebarang maklum balas. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok