Awin istimewa, manja – Izzue Islam

GAGAL menahan sebak, pelakon Izzue Islam tidak boleh menggambarkan kehidupan isterinya, Awin Nurin sekiranya dirinya dijemput Illahi terlebih dahulu.

Izzue atau nama lengkapnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 34, menyifatkan suri hatinya sebagai individu istimewa sehinggakan tiada siapa boleh melayani isterinya selain dirinya.

“Seandainya aku pergi dulu, tak tahulah sebab benda ini Allah yang susunkan. Aku nak ada orang boleh layan dia macam mana aku layan dia.

“Aku tak tahu sebab Awin ini dia sangat istimewa, manja dan ada banyak benda yang orang lain tak boleh buat, aku sahaja boleh buat.

“Jadi kalau aku tak ada, siapa yang nak buat?,” katanya sambil air matanya berguguran.

Dalam masa sama, pelakon filem Juang itu tidak tahu sebesar apa sayangnya terhadap isteri selain mahu berada di sisi wanita itu setiap masa.

“Setiap masa dan saat memang aku nak dia ada dengan aku.

“Kalau tanya berapa banyak sayang aku dekat dia, aku tak boleh nak cakap sebab tak tahu (banyak mana).

Tuhan sahaja yang tahu berapa banyak sayangnya aku kepadanya,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, anak jati Kelantan itu juga pernah mencipta lagu buat Awin sebagai luahan perasaan sayang terhadap wanita yang melengkapi segala kekurangan dalam dirinya.

Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 namun belum dikurniakan rezeki untuk memiliki cahaya mata. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok